FAQ ARYZA Chia Seed (Bayi dan Kanak-kanak)



Adakah bayi boleh mengambil ARYZA Chia Seed?

Bayi yang berumur bawah enam bulan tidak digalakkan mengambil sebarang sejenis makanan berbentuk pepejal, termasuk chia seed kerana sistem pencernaan bayi belum bersedia untuk memproses makanan berbentuk pepejal. AYZA Chia Seed sesuai diambil oleh bayi hanya seawal bayi tersebut berumur setahun. Walaubagaimanapun, bayi kurang daripada setahun boleh mendapatkan khasiat ARYZA Chia Seed melalui penyusuan susu ibu.


Bagaimana cara memberi ARZA Chia Seed kepada bayi dan kanak-kanak lingkungan setahun hingga 6 tahun?

Bagi bayi berusia setahun hingga kanak-kanak berusia enam tahun, kuantiti yang dicadangkan adalah satu sudu ARYZA Chia Seed sehari (7g). ARYZA Chia Seed Chia Seed perlu dikembangkan dalam air sekurang-kurangnya 10 minit sebelum diminum. Kami cadangkan ARYZA chia seed direndamkan dalam minuman panas seperti susu dan minuman coklat, air berperisa atau air kosong (suam atau sejuk). ARYZA Chia Seed juga boleh ditaburkan dalam sup sayur ataupun makanan berkuah. Yang penting, chia seed telah kembang. Hal ini bagi menggelakkan chia seed daripada mengembang dalam saluran pencernaan kanak-kanak tersebut.


Bagaimana cara memberi ARYZA Chia Seed kepada kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas?

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas, remaja dan dewasa, kuantiti yang dicadangkan adalah 2 sudu sehari (15g). Golongan ini boleh mengambil ARYZA Chia Seed dalam bentuk yang belum kembang ataupun yang telah kembang. Cara penyediaan adalah pelbagai, sama seperti dewasa.


Adakah individu G6PD boleh mengambil ARYZA Chia Seed?

Individu (bayi, kanak-kanak dan dewasa) yang mengalami masalah kekurangan G6PD boleh mengambil ARYZA Chia Seed. Individu yang mengalami kekurangan G6PD hanya perlu mengelak daripada mengambil kacang parang, kacang soya, kekacang, vitamin C tiruan dan pewarna tiruan. ARYZA Chia Seed adalah biji benih tumbuhan herba, bukan daripada golongan kekacang (legum) dan vitamin C yang terdapat dalam chia seed adalah semulajadi, bukan sintetik. Oleh itu, ARYZA Chia Seed selamat di makan oleh individu yang mempunyai kekurangan G6PD.


Apakah fungsi ARYZA Chia Seed sebagai makanan tambahan bayi dan kanak-kanak?

Kebanyakkan kanak-kanak tidak suka makan sayur. Oleh itu, mereka mungkin akan mengalami masalah sembelit. ARYZA Chia Seed pula mampu mengembang hingga 10x ganda hingga membentuk tekstur jelly dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Oleh itu, ia membantu mengelakkan masalah sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.

ARZYA Chia Seed adalah sejenis biji benih. Biji benih mengandungi kandungan zat mineral yang tinggi. Zat-zat meniral ini penting untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Antara keistimewaan ARZA Chia Seed adalah seperti berikut:

  • 5x ganda lebih Kalsium daripada susu, 
  • 7x ganda lebih Vitamin C daripada buah Oren, 
  • 2x ganda lebih Antioxida berbanding buah Blueberry,  
  • 3x ganda lebih Zat Besi daripada Bayam,
  • 8x Ganda lebih Omega 3 daripada Ikan Salmon,
  • 2x Ganda lebih potassium daripada pisang   





Omega-3 yang terdapat dalam chia seed membantu pembentukkan otak dan sistem saraf pada bayi dan perkembangan otak pada kanak-kanak. Oleh itu, otak kanak-kanak akan lebih cergas dan seterusnya membantu proses pembelajaran mereka.

Kalsium yang tinggi pula membantu pembentukkan tulang dan gigi. Fasa bayi dan kanak-kanak amat memerlukan kalsium yang tinggi kerana pada ketika inilah tulang terbentuk.

Gabungan Vitamin C, antioksida dan Omega 3 mampu melindungi bayi dan kanak-kanak daripada radikal bebas dan seterusnya mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan dan demam.

Chia Seed adalah sumber bagi protein. Selain daripada membekalkan tenaga, protein diperlukan untuk membinaan dan menggekalkan otot dan tisu-tisu organ. Chia berasal dari perkataan Mayan yang bermaksud 'sesuatu yang membuat anda kuat' disebabkan ia mengandungi kandungan protein yang tinggi.


Adakah ARZYA Chia Seed bebas gluten?

Ya. AYRZA Chia Seed bebas gluten secara semulajadi tanpa melibatkan sebarang proses kimia.


Adakah ARYZA Chia Seed halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM?

AYRZA Chia Seed adalah makanan tambahan untuk seisi keluarga yang halal dan selamat kerana ia adalah bahan makanan mentah semulajadi. ARYZA Chia Seed hanya mengimport chia seed kualiti premium terus daripada Mexico. Oleh kerana ia adalah makanan semulajadi dan tidak diproses ARYZA Chia Seed tidak perlu mendaftar dengan KKM.





Untuk order, menjadi agen dan menjadi stokis,
sila hubungi:




+6019 642 8422 / +6018 969 5320
NO. 10-2, JALAN WANGSA SETIA 4,
WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR.



Apakah Chia Seed?

Chia Seed @ biji chia adalah sejenis bijirin yang dikelaskan sebagai superfood. Nama saintifik chia adalah Salvia hispanica. Chia adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal daripada Mexico.


Chia @ Salvia hispanica


Sejarah Biji Chia


Oleh kerana chia berasal daripada Amerika Selatan, sejarah chia berkait rapat dengan kaum Aztecs, Mayan, Teotihuacan dan Toltec. Chia digunakan sejak 3500 sebelum Masihi oleh bangsa Aztecs (kaum Nomad yang berasal dari Mexico) sebagai diet utama bagi orang Aztec.

Nama 'chia' diberikan oleh orang Mayan, iaitu masyarakat purba Mesoamerika yang tinggal sekitar Mexico pada 2600 Sebelum Masihi. 'Chia' bermaksud 'kekuatan'. Hal ini kerana biji chia membekalkan tenaga yang banyak kepada orang Mayan.

Antara peninggalan Tamadun Mayan


Kemudian, antara tahun 1500 - 900 Sebelum Masihi, ia ditanam di Mexico oleh orang Teotihuacan dan Toltec yang mewarisi tamadun disekitar Mexico. Penduduk Pra-Columbian menggunakan biji chia dalam perubatan, dikisar menjadi tepung, dicampurkan dalam minuman dan diekstrak menjadi minyak selain daripada dimakan sebagai bijirin penuh. Biji chia sangat berguna kerana ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun.

Seperti bijirin purba yang lain, chia seed pernah diharamkan pada zaman penjajahan Sepanyol kerana biji chia melambangkan tradisi orang Columbian. Hanya pada sekitar tahun 1990an saintis dan peladang mula berkerjasama untuk mengkomersialkan biji chia. Sekarang, chia ditanam di Mexico, Argentina, Peru, Bolivia dan Australia. ARYZA Chia Seed mengimport terus biji chia daripada Mexico.


Keistimewaan Biji Chia

Selain daripada mengandungi kaya dengan nutrisi seperti protien, Omega-3, serat, vitamin C dan garam mineral, chia seed mampu mengembang sehingga 10x ganda daripada saiz asal. Ia juga tidak mempunyai rasa dan tahan lama. Malah bebas gluten. Chia seed boleh dicampurkan dalam sebarang jenis makanan dan minuman.





Pengambilan tiga penutup ARYZA Chia Seed sehari mampu mengawal selera makan, memberi rasa kenyang yang lama, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolesterol, mengawal gula dalam darah, membantu pembentukan gigi dan tulang, mengawal sakit sendi, membantu pembentukkan sistem saraf, membanyakkan susu badan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan biji chia, sila klik  [di sini]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...